Rombongan Bas ke Homestay Bangi

Korang jangan terkejut, banyak dah Bas rombongan datang menginap di homestay kami ini. Maklumlah homestay kami sangat dekat dengan German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jarak perjalanan rasanya within 5 minutes ETA. Sangat dekat. Jadi disebabkan banyak event-event yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa ni, rezekinya melimpah juga ke homestay kami dan homestay lain yang berdekatan.

InsyaAllah, rasanya masih selesa walaupun capacity homestay kami pada awalnya min tetapkan ialah 12 orang sahaja. Tapi ada guest yang mungkin takde bajet lebih atau kekurangan peruntukan dari jabatan untuk mengambil 2 buah homestay. Jadi full house jadinya. Toto dan bantal min memang standby lebih untuk guest yang datang ramai.

 Kita mudahkan urusan guest, InsyaAllah, Allah mudahkan uruskan kita. Aminnnn

No comments:

Post a Comment